Sorting by

×

Tapir tersesat disyaki dari sempadan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDA HILIR 1 Januari – Usaha mengesan tapir betina yang tersesat dan memasuki kawasan parkir sebuah hotel di sini, hari ini, sudah dijalankan sejak dua minggu lalu oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) .

Pengarah PERHILITAN negeri Mohd Firrdhaus Mahmood berkata, usaha itu dibuat pihaknya selepas menerima beberapa aduan daripada orang awam membabitkan haiwan dengan nama saintifiknya Tapirus Indicus berkeliaran di luar habitat.

“Sebenarnya kita sudah mengesannya kira-kira dua minggu lalu selepas menerima beberapa aduan tetapi tidak dapat mengenal pasti kedudukan sebenar haiwan itu kerana sentiasa bergerak.

“Disebabkan itu pasukan kita sentiasa bersedia di lapangan untuk digerakkan pada bila-bila masa dan tadi sebaik menerima panggilan dari bomba kami terus bergegas ke sini.

“Kita syaki tapir seberat kira-kira 250 kilogram itu tersesat selepas keluar dari hutan untuk mencari makanan dan seterusnya sampai ke tingkat lima hotel hari ini, melalui tangga bahagian tepi bangunan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

B044514E-8B4B-4630-9542-6D8E18C68D54
TAPIR betina sesat di sebuah hotel di sini, hari ini

Menurutnya, syaki tapir ini datang dari sempadan negeri iaitu Asahan, Jasin, selain ianya hanya seekor sahaja dan ia adalah haiwan yang dilindungi sepenuhnya.

“Kes tapir di Melaka ini adalah kejadian terpencil dan berdasarkan aduan kebiasaan diterima dalam tempoh antara empat hingga lima tahun .

“Ia akan ditempatkan sementara di Zoo Melaka sebelum dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2660
Kongsi :
Previous post Kerajaan Negeri tunggu laporan penuh kes penonton maut dilanggar kereta lumba
Next post Remaja dipercayai terjatuh semasa memancing ditemukan lemas
Ubah saiz-+=