Sorting by

×

Tapak sampah DUN Serkam akan pindah ke tempat baharu

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERKAM 7 April- Tapak pembuangan sampah di Kampung Bukit Serkam akan dipindahkan ke tapak cadangan baharu di Jalan Ladang Serkam Lama berhadapan Halal Hub di sini dalam tempoh terdekat.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Serkam, Roslan Abdul berkata perkara tersebut masih diperingkat perbincangan lanjut.

Katanya, perpindahan tersebut adalah disebabkan terdapat banyak aduan daripada penduduk kampung yang mengadu lokasi pembuangan di Kampung Bukit Serkam itu terlalu padat dan menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk.

“Perkara ini masih diperingkat cadangan dan baharu dibincangkan.

“Sekiranya berjaya dilaksanakan lokasi tempat pembuangan sampah baharu ini akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dan pengilang sekitar.

“Antara faktor kenapa kita cari tapak baharu, kerana lokasi pembuangan sampah yang lama di Bukit Serkam adalah diatas tanah persendirian manakala tapak baharu ini merupakan Tanah Rezab Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Roslan turut berkongsi dia bersama wakil Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri turut meninjau lokasi tapak baharu terbabit hari ini.

Kata Roslan, pihaknya ambil maklum apabila mendapat banyak aduan dari penduduk yang kurang selesa dengan kuantiti sampah yang dibuang dan lagi-lagi tapak pembuangan atas tanah individu.

“Jadi atas rasa tanggungjawab, kita akan menutup tapak pembuangan sampah lama dan buka tapak baharu, hal ini kerana di tapak lama, pihak industri turut membuang sampah di situ menjadikan penduduk tidak selesa kerana padat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1681
Kongsi :
Previous post Kongsi ilmu dengan orang Felda
Next post Pasir Mas, Tumpat ‘lokasi panas’ seludup mercun di Kelantan – Polis
Ubah saiz-+=