Sorting by

×

TANJUNG BIDARA BERSELAWAT TERIMA SAMBUTAN LUAR JANGKAAN

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

TANJUNG BIDARA 15 Februari – Kira-kira 8,000 umat Islam hadir untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Tanjung Bidara Berselawat bersempena Majlis Penutup Karnival Sukan Dua Jiwa Satu Hati Dan Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka 2025, di Pantai Tanjung Bidara, malam tadi.

Bertempat di kawasan tempat letak kereta Pantai Tanjung Bidara, seawal jam 7.45 malam, umat Islam yang hadir sudah mula memenuhi tempat duduk yang disediakan.

Usai solat Isyak, majlis itu dimulakan dengan persembahan qasidah daripada kumpulan Ahbabusham, Ar-Rayyan dan Hadroh Anwarut Thoyyba.

Majlis ilmu itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz serta Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.

Yang turut hadir adalah pegawai kanan Tentera Darat Malaysia iaitu Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin, Panglima Divisyen Ke-3 Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohammad Suria Mohmmad Saad, Panglima 10 Briged Para, Brigedier Jeneral Khairul Anwar Soib dan Kamander Artileri 3 Divisyen, Brigedier Jeneral Datuk Khairul Izan Muhammad Suffian.

Penganjuran majlis ilmu seumpama itu turut menarik kehadiran rakyat Melaka khusus penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Program Tanjung Bidara Berselawat yang berlangsung dengan penuh barakah itu kemudian diakhiri dengan bacaan doa oleh Sheikh As-Sayyid Arsyid.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

232
Kongsi :
Previous post RAMADAN LEBIH BERERTI BUAT 130 ASNAF MACHAP JAYA
Next post ERATKAN HUBUNGAN TENTERA DAN RAKYAT MELALUI SUKAN