
Tangan budak 10 tahun hancur tersepit mesin tebu
SERKAM 7 Mei. – Tangan kiri seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hancur akibat tersepit mesin tebu dalam kejadian di Taman Serkam Jaya, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, kanak-kanak terbabit dikatakan sedang menolong bapanya yang berniaga air tebu di bazar Ramadan sebelum tangannya tersepit ketika sedang memesin tebu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penguasa Bomba Kanan II Sofian Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.49 malam dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit selepas itu.
Beliau berkata seramai tujuh anggota telah digerakkan ke lokasi dan mengambil masa lebih 15 minit untuk mengeluarkan tangan kanak-kanak itu daripada mesin berkenaan.
“Tangan mangsa berjaya dikeluarkan sebelum dia diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia. Operasi tamat pada jam 8.12 malam,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...