‘TANDAS BMW ADA PENDINGIN HAWA’

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 19 September – Tandas Awam MITC bertaraf lima bintang terpilih bagi Penilaian Toilet Of The Year (TOTYA’24) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata penyertaan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya menjaga kebersihan tandas.

6291762227329482921

SUASANA Tandas Awam MITC bertaraf lima bintang yang terpilih menyertai Penilaian Toilet Of The Year (TOTYA’24) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Foto Iqmal Haqim Rosman

“Penyertaan ini juga sebagai pengiktirafan kepada tandas-tandas awam milik swasta dalam usaha mereka menyediakan kemudahan bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).

“Penilaian TOTYA’24 dilaksanakan oleh KPKT, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM),”katanya kepada Melaka Hari Ini.

6291762227329482925
KEMUDAHAN kerusi urut untuk orang ramai.Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurut Sapiah, Tandas Awam MITC, Ayer Keroh dikelolakan oleh Jabatan Kebersihan dan Persekitaran MPHTJ.

“Kami (MPHTJ) berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik buat pengunjung ke Melaka termasuk menyediakan tandas-tandas awam yang bersih dan cantik untuk keselesaan mereka,” katanya.

Bukan sahaja selesa untuk melepas ‘hajat’ tandas persekitaran tandas berkenaan juga disusun atur dengan amat bagus bagi mewujudkan ‘mood’ ceria.

6291762227329482926
SUDUT bacaan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Antara kemudahan lain disediakan adalah kerusi urut dan sudut bacaan, sementara itu bagi pengunjung luar Melaka mereka boleh mandi untuk menyegarkan badan dengan bayaran yang amat berpatutan.

Landskap di perkarangan tandas juga amat menarik apabila dihias dengan pelbagai pokok dan juga replika kereta lembu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

154
Kongsi :
Previous post CUTI SEKOLAH LIMPAHAN REZEKI BUAT PENIAGA
Next post GENERASI MUDA ‘HAYATI’ SENI WARISAN MANGKUK TINGKAT
Ubah saiz-+=