TANDAS AWAM MPHTJ MENANG TOTYA’24

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 15 November – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) merangkul pengiktirafan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA’24) Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pengiktirafan itu adalah hasil inisiatif MPHTJ yang menyediakan Tandas Awam MITC bertaraf lima bintang, turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan orang ramai.

Atas kejayaan itu, MPHTJ membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta sijil dan trofi disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam majlis berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata pihaknya sebelum ini mencalonkan tandas berkenaan bagi Penilaian TOTYA’24 KPKT.

“Pada awalnya MPHTJ berjaya mara ke peringkat akhir bagi kategori ini melibatkan empat PBT yang lain, malam tadi (Khamis) kami dipanggil untuk peringkat akhir kategori PBT.

“Alhamdulillah MPHTJ telah diumumkan sebagai penerima anugerah bagi kategori PBT tahun ini, insya-Allah jika diadakan lagi tahun hadapan kita akan hantar pencalonan,”katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata pihaknya kini fokus untuk mencalonkan dua lagi tandas awam iaitu di Zoo Melaka dan Dataran Sejarah Ayer Keroh bagi anugerah tersebut.

“Kemudahan dua tandas awam ini lebih kurang sahaja dengan Tandas Awam MITC, namun kita sentiasa menambah baik lagi tandas-tandas ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

63
Kongsi :
Previous post NAIKKAN ARAS JALAN ATASI BANJIR KILAT DI LEBUH AYER KEROH
Next post JETI BAHARU LANCARKAN LAGI OPERASI ECO-CRUISE SUNGAI LINGGI
Ubah saiz-+=