Sorting by

×

TANDA KASIH DAN SAYANG MPHTJ

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 15 Mac – Seramai 120 anak yatim dan asnaf di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diraikan pada program Masih Ada Yang Sayang dan Sumbangan Aidilfitri 2025 MPHTJ di sebuah pusat beli belah, di sini, hari ini.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, acara tahunan itu diadakan pihaknya setiap kali Ramadan bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada insan kurang bernasib baik.

Menurutnya, untuk program kali ini pihaknya memperuntukkan sejumlah RM30,000 untuk berkongsi rezeki dengan 60 anak yatim dan 60 orang asnaf di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

“Untuk anak yatim, kita memberi sumbangan wang tunai RM50 berserta RM250 bagi membeli pakaian dan baju raya, manakala asnaf menerima wang tunai RM50 berserta barangan keperluan asas bernilai RM100.

“Kita berharap sumbangan yang diberikan ini dapat memberi sinar kegembiraan kepada semua penerima menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program berkenaan.

Menurut Sapiah, MPHTJ sentiasa komited bukan sahaja dalam menyediakan infrastruktur terbaik kepada rakyat, tetapi juga dalam menunjukkan keprihatinan terhadap masyarakat setempat yang memerlukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post 225 PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN MELAKA
Next post MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL