
Tanam ganja: Reman anak bekas diplomat dilanjut lima hari
KUANTAN, 30 Mei – Reman anak lelaki bekas diplomat yang didakwa menanam ganja di Janda Baik, Bentong yang tamat hari ini, dilanjutkan lima hari, kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar.
Beliau menerusi kenyataan ringkas hari ini, mengesahkan polis berjaya memperoleh reman kali kedua bermula esok hingga 4 Jun ini.
Pada Selasa lepas, Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan penahanan seorang bekas diplomat berstatus ‘Datuk’ pada 21 Mei lepas, kerana disyaki menanam ganja di sebuah kampung di Janda Baik.
Pada serbuan itu, polis menemukan 102 pokok disyaki ganja yang dikatakan rampasan ganja terbesar dalam negara setakat ini.
Penahanan bekas diplomat berusia 78 tahun itu seterusnya membawa kepada penahanan anak lelakinya berusia 53 tahun pada Isnin lepas, di Shah Alam, Selangor.
Bagaimanapun, bekas diplomat itu dibebaskan pada Sabtu lepas, selepas polis gagal memperoleh reman kali kedua daripada Mahkamah Majistret Bentong.
Siasatan dijalankan dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...