Sorting by

×

Tanah Runtuh: Sumbangan diserahkan apabila keluarga bersedia

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

MACHAP JAYA 25 Disember – Sumbangan kepada waris mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali – Genting Highlands, sedang diselaraskan sebelum diserahkan kepada wakil keluarga.

Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) (Sektor Pasca Bencana) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, sumbangan berjumlah RM10,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu akan diserahkan kepada keluarga sebaik mereka bersedia.

“Kita sedang selaraskan (sumbangan), tengok juga kesediaan waris untuk menerima kerana ketika ini ada yang tidak bersedia.

“Selain itu pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan membuat pembayaran dan mengambil kira keperluan waris terutamanya mereka yang mencarum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bersama-sama dengan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menziarah serta menyampaikan sumbangan kepada waris mendiang pasangan Lai See Tin dan Lai Chee Sam serta mendiang Yu Siew Pay dan Tai Chan Lin, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem, hari ini.

Mengulas mengenai jumlah keseluruhan mangsa yang dilaporkan hilang, Khairul Shahril berkata, pihaknya yakin jumlah kesemuanya membabitkan 31 orang dan semuanya sudah berjaya ditemui.

“Daripada segi penilaian mangsa ada beberapa cara antaranya pihak berkuasa sudah mengadakan perbincangan dengan mendapatkan maklumat daripada operator resort serta temu bual dengan keluarga yang terlibat.

“Bilangan yang disebut itu adalah jumlah yang terakhir dan dimana semua mangsa berkaitan ditemui. Memang justifikasi itu dibuat secara menyeluruh dan mempunyai beberapa langkah tertentu untuk memastikan jumlah itu adalah yang benar-benar diyakini,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1420
Kongsi :
Previous post Air Pasang: Lebih 100 rumah atas air roboh di Kampung Forest
Next post Jangkaan fenomena air pasang besar di Sandakan, penduduk pesisir pantai diminta kosongkan rumah
Ubah saiz-+=