Sorting by

×

Tanah runtuh: 51 dewasa, 30 kanak-kanak berdaftar di tapak perkhemahan malam tadi

Masa Membaca:53 Saat

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Seramai 51 dewasa dan 30 kanak-kanak mendaftar untuk bermalam di tapak perkhemahan ​​​​di ​Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, yang dilanda tanah runtuh awal pagi tadi, kata individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Chang.

“Jumlah itu terdiri daripada mereka yang telah mendaftar di tapak perkhemahan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Bagaimanapun Chang berkata beliau tidak pasti sama ada terdapat kanak-kanak berusia bawah empat tahun di tapak perkhemahan kerana mereka tidak perlu mendaftar, dan hanya kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun perlu mendaftar.

Chang berkata mereka yang berkhemah kebanyakannya mempunyai pertalian keluarga dan tidak melibatkan kumpulan pelajar sekolah atau universiti.

Laporan awal media menyebut kira-kira 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik berkenaan.

Setakat 11 pagi, 53 mangsa telah dibawa keluar dari tempat kejadian manakala sembilan maut dalam kejadian itu.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4142
Kongsi :
Previous post Karnival Baitulmal MAIM bakal dijadikan program tahunan
Next post Kekurangan telur hanya babitkan gred A, B dan C
Ubah saiz-+=