
Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia
KUALA LUMPUR 24 Dis – Bekas Ahli Parlimen Sri Gading Tan Sri Mohamad Aziz, 80, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, sebentar tadi, menurut sumber portal Berita Harian.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat mengesahkan perkara tersebut menerusi Facebook miliknya hari ini.
“Bekas Speaker Dewan Johor, Tan Sri Mohamad Aziz baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.
“Selepas pelantikan saya sebagai Speaker Dewan Johor 2018, saya sempat ziarah Allahyarham di Sri Gading. Banyak nasihat-nasihat berguna yang beliau berikan pada saya. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya.
Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Sri Gading meninggal dunia pada jam 9.50 malam akibat sakit buah pinggang.
Jenazah akan dimandikan di hospital sebelum dibawa ke rumah di Nong Chik, Johor Bahru dan dijadualkan akan dikebumikan pada jam 9.30 pagi Jumaat.
Allahyarham sebelum ini adalah Speaker DUN Johor dari 2013 sehingga 2018 dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani serta Ahli Parlimen Sri Gading.
Selain itu, beliau pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri dengan memegang portfolio Pengerusi Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat.
Dalam bidang politik, Mohamad pernah menjadi Timbalan Pengerusi Tetap UMNO bagi sesi 2008/2011 dan menjadi Ketua Bahagian UMNO Bahagian Sri Gading.
Views:
Related


Berita Lain
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...
MELAKA RAYU KPKT SEGERAKAN PEMBINAAN LOJI WTE
SUNGAI UDANG 26 April - Kerajaan Negeri meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyelesaikan segera sebarang pemasalahan di peringkat...
NGAUMAN ‘SINGA’ DI BUMI BERSEJARAH
KLEBANG 26 April - Seramai 1,500 delegasi rangkaian Lions Club di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Filipina 'berkampung' di Melaka...
MERCEDES S400 TERBAKAR, PEMANDU SELAMAT
KOTA LAKSAMANA 26 April - Seorang pemandu Mercedes S400 berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Limbongan berhampiran...