
Tampil segak dan ayu berbusana Melayu Melaka
BANDA HILIR 6 Ogos – Pertandingan Peragaan Busana Melaka Zaman Gemilang menarik penyertaan 15 individu yang tampil segak dan ayu bagi merebut gelaran juara.
Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Norazlina Othman berkata, peserta perlu mengambil inspirasi busana daripada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka untuk diperagakan kepada umum.

“Tujuan pertandingan ini untuk mengangkat kembali zaman kegemilangan Melaka yang mana generasi hari ini tidak mengenali tokoh-tokoh Melaka zaman dahulu.
“Pelbagai busana dipertandingkan antaranya Tun Fatimah, Hang Tuah, Puteri Hang Lin Poh dan Laksamana Cheng Ho.
“Penyertaan kali ini melibatkan peserta lingkungan usia 20 sehingga 38 tahun yang mana mereka adalah golongan yang kita sasarkan untuk menyertai pertandingan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini pada pertandingan tersebut di Dataran Menara Taming Sari di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop dan Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias.
Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 bagi tempat pertama, RM700 tempat kedua dan RM500 bagi tempat ketiga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
‘NO RIGHT TURN’ SIMPANG TAMAN BOTANIKAL DALAM PERCUBAAN
AYER KEROH 13 - Inisiatif ‘No Right Turn’ (NRT) telah dilaksanakan di persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh bagi tempoh percubaan...
‘SNOW WORLD’ BERTEMAKAN WARISAN SEJARAH DI MELAKA
AYER KEROH, 13 Mac - Mahu menikmati asam pedas, melawat lokasi bersejarah dan merasai suasana kampung antara daya penarik menggamit...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI
AYER KEROH 12 Mac - Jumlah pengunjung ke Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda...