Tampar pemain: KPM akan jumpa ibu bapa pelajar terlibat
KUALA LUMPUR, 2 Januari – Satu perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, akan diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia sekiranya ada laporan polis dibuat mengenainya.
“Pada masa yang sama, KPM juga akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib dan jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil. KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan,” menurut kenyataan itu.
Semalam tular di media sosial satu klip video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai jurulatih pasukan bola tampar wanita menampar dua pemain pasukan itu.
Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam kenyataan semalam pula melaporkan jurulatih berkenaan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.
MAVA melaporkan pihaknya juga telah menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian dengan serta-merta, dan akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi tujuan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
26 DITAHAN TERLIBAT JUDI LAGA AYAM DI TAPAH
IPOH 26 Disember - Polis menahan 25 lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia kerana dipercayai terbabit dalam perjudian sabung ayam...
UTEM BANTU URUS JENAZAH NURUL SYAFIQAH, NURHANIS AFRYNA
AYER KEROH 26 Disember - Pihak pengurusan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membantu menguruskan proses menghantar pulang jenazah dua pelajarnya...
MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT AHAD INI
AYER KEROH 26 Disember 2024 - Orang ramai khusus umat Islam Negeri Melaka dipelawa untuk beramai-ramai memeriahkan program Melaka Berselawat...
MAIM PRIHATIN PERKEMBANGAN ANAK-ANAK KAYFAZ
AYER KEROH 26 Disember - Meskipun sedang bercuti, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tetapi mengikuti perkembangan anak-anak Kompleks Anak Yatim...
PENGHANTAR BARANG, JURUANALISIS DIDAKWA JADI ‘KELDAI AKAUN’ DENGAN SERAH KAD ATM
BALIK PULAU 26 Disember - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua...
PROGRAM TARIF ELEKTRIK HIJAU DITERUSKAN BAGI 2025 DENGAN KADAR PREMIUM SAMA
PUTRAJAYA 26 Disember - Program Tarif Elektrik Hijau (GET) akan diteruskan pada 2025 dengan penawaran kuota sekurang-kurangnya 6,600 GigaWatt jam...