
Rumah Seram Melaka dijangka dibuka Mei 2021
SERI NEGERI 4 Jan. – Melaka memperkenalkan satu lagi tarikan pelancongan baharu yang diberi nama Rumah Seram Melaka dijangka akan dibuka bermula Mei 2021.
Tarikan pelancongan berunsur mistik atau rumah seram itu bakal dibina di perkarangan Menara Taming Sari melalui hasil usahasama anak syarikat kerajaan negeri Melaka Taming Sari Berhad dengan sebuah syarikat swasta, RBA Risk Advisors Sdn Bhd dengan nilai pelaburan RM21 juta.
Majlis perjanjian dan menandatangani memorandum persefahaman itu telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di Seri Negeri, di sini, hari ini yang turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis; Pengarah MOTAC Melaka Yeow Chin Chai dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Sa’ari Basiron.
- Artikel Berkaitan: Rumah Seram Melaka sasar 300,000 pengunjung
Views:
Related

Berita Lain
PERUNTUKAN SUKAN RM660,000 SETAHUN GALAK GAYA HIDUP SIHAT
SERI NEGERI 28 April - Sejumlah RM660,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi penganjuran Kejohanan Piala Ketua Menteri Melaka sebagai usaha mempromosikan...
CAPAIAN TELEKOMUNIKASI DUN LENDU SEMAKIN LANCAR
SERI NERGERI 28 April - Struktur pembangunan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu telah ditambah...
KAMPUNG DIGITAL: 582 KAMPUNG DI MELAKA ADA ALAMAT BAHARU
SERI NEGERI 28 April - Inisiatif Kampung Digital iaitu teknologi perintis yang diperkenalkan Kerajaan Negeri kini sudah mencapai 94 peratus...
KERAJAAN NEGERI GIAT LAKSANA INISIATIF PERANGI AEDES
SERI NEGERI 28 April - Jumlah kes denggi direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sepanjang 2024 meningkat kepada 2,203 kes berbanding...
MELAKA JADI TERAWAL SESUAIKAN DIRI DENGAN REALITI EKONOMI BAHARU – KM
SERI NEGERI 28 April - Menyesuaikan diri dengan realiti ekonomi baharu di tengah-tengah perubahan global menjadi misi utama Kerajaan Negeri...
81 PERATUS INISIATIF BAJET 2025 MELAKA MULA DILAKSANA
SERI NEGERI 28 April - Sebanyak 81 peratus daripada keseluruhan 161 inisiatif di bawah Bajet 2025 Negeri Melaka melibatkan semua...