
TAMBAH RESTORAN TERAPUNG KLASIK UNTUK TARIK PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 4 Mac – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang untuk menyediakan sebuah lagi restoran terapung berkonsep klasik sekitar muara Sungai Melaka sebagai tarikan baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata peracangan itu dibuat selepas melihat potensi restoran terapung yang boleh menarik kedatangan pengunjung ke negeri ini.
“Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan pemilik sebuah restoran di muara Sungai Melaka, dia meminta supaya restoran terapung ini dibuka di kawasan berkenaan.
“Restoran berkonsepkan klasik menjadi satu tarikan baharu, sekali gus menawarkan kelainan kepada pengunjung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berharap waktu pengoperasian restoran terapung baharu tersebut akan dilanjutkan sehingga ke pagi.
“Mungkin restoran terapung yang baharu ini kita boleh buka hingga jam dua hingga tiga pagi, jadi suasana di kawasan itu nanti akan lebih meriah dengan kehadiran pengunjung.
“Selepas ini warga Melaka atau pengunjung boleh merasai suasana yang lebih berbeza sambil menikmati juadah di atas bot,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JANAAN SISA PEPEJAL DI MELAKA MENINGKAT SEPANJANG RAMADAN
SUNGAI UDANG 12 April - Jumlah sisa pepejal di Melaka yang dihantar ke Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang sepanjang Ramadan...
KOLEJ KOMUNITI JASIN JAGUH SEPAK TAKRAW
JASIN 12 April - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) melakar kejayaan cemerlang apabila merangkul Anugerah Pasukan Terbaik bagi sukan sepak takraw...
ASAHAN SEJAHTERA, APLIKASI PINTAR PACU TRANSFORMASI DIGITAL ORANG KAMPUNG
ASAHAN 12 April - Pelbagai isu dan masalah membabitkan masyarakat setempat telah berjaya diselesaikan menerusi aplikasi Asahan Sejahtera yang dibangunkan...
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...
DATANG ‘OPEN HOUSE’ ASAHAN BAWA PULANG MOTOSIKAL
ASAHAN 12 April - Sebanyak empat buah motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah menjadi antara tarikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...