
Tambah kelas SRA JAIM Simpang Ampat
TABOH NANING 19 Julai – Balai Raya Simpang Ampat akan digunakan sebagai kelas sementara bagi mengatasi masalah kepadatan murid di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Simpat Ampat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin berkata, perkara itu berlaku susulan pembukaan banyak taman perumahan baharu sekitar DUN berkenaan.
“Lokasi sekolah ini hampir dengan taman perumahan hingga menjadi pilihan ramai ibu bapa, berikutan itu dengan kerjasama dan kebenaran daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kami ambil keputusan untuk guna balai raya berkenaan sebagai kelas sementara.
“Perkara ini juga sudah dalam pengetahuan JAIM yang kini sedang kearah perancangan membina bangunan baharu bagi menampung pertambahan murid yang berlaku.
“Balai raya berkenaan terletak berhampiran sekolah dan jarang digunakan, jadi wajar dimanfaatkan, dapatlah anak-anak kita belajar dalam keadaan lebih selesa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau, difahamkan sekolah berkenaan mempunyai lebih 60 murid dan jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan kepesatan pembangunan sekitar DUN Taboh Naning.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...