
TAMBAH KEANGGOTAAN SRS, TINGKAT KESELAMATAN KOMUNITI
MACHAP JAYA 10 Disember – Jumlah keanggotaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) akan ditingkatkan lagi pada tahun hadapan menerusi Kempen 1 Keluarga, 1 Anggota SRS.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata kempen anjuran Jabatan Perpaduan Melaka itu menyasarkan untuk menambah sehingga 300 anggota SRS yang baharu.
Katanya, setakat ini pihaknya merekodkan sebanyak 194 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berdaftar seluruh Negeri Melaka dengan 3,000 anggota SRS.
“Kempen sedang giat dijalankan untuk menarik lebih banyak pendaftaran SRS baharu, bagi seluruh Melaka kita mempunyai lebih 252 KRT namun hanya 194 KRT yang mempunyai SRS.
“Saya harap lebih ramai yang akan menyertai SRS yang memainkan peranan penting menjaga keselamatan dan melindungi kejiranan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Hee Sem berkata SRS juga berperanan menjaga kesejahteraan dan keharmonian komuniti, selain membantu keberkesanan usaha pihak keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Tanggungjawab yang dimainkan oleh anggota SRS ini meningkatkan lagi dan menjamin keselamatan penduduk di kejiranan mereka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...