
Tambah baik fasiliti UTC Melaka untuk keselesaan pengunjung
KOTA LAKSAMANA 4 Sept. – Fasiliti yang terdapat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, di sini, akan sentiasa ditambah baik dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, penambahbaikan itu juga penting bagi menjamin keselesaan pengunjung yang hadir membuat urusan di 63 agensi yang terdapat di bangunan itu.
“Dalam lawatan hari ini kita telah meninjau proses baik pulih surau UTC yang dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Pada masa sama, kita juga menyaksikan penyerahan 23 unit penghawa dingin kepada agensi terlibat.
“Selain itu, ada beberapa lagi penambahbaikan lain seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan saya juga difahamkan kiosk-kiosk yang sebelum ini mengalami masalah juga sudah diperbaharui.
“Seperti kita tahu, bangunan UTC sudah berusia 40 tahun, jadi apa jua yang perlu ditambah baik, akan kita tambah baik dan jika perlu diganti, akan kita ganti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke UTC Melaka. Hadir sama, Pengurus Besar UTC Datuk Saleh Mohd Dom.
Dalam pada itu, Sulaiman turut memuji gerak kerja kesemua agensi yang terdapat di UTC Melaka yang disifatkan telah memberikan layanan terbaik kepada pengunjung sepanjang operasinya setiap hari.
Views:
Related


Berita Lain
TUGU KEDAULATAN NEGARA ADA DI PULAU KONET
SERI NEGERI 29 April - Sebuah Tugu Kedaulatan Negara telah dibina di Pulau Konet, Telok Gong oleh Majlis Keselamatan Negara...
PERUNTUKAN LEBIH RM11 JUTA PASANG LAMPU JALAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Lebih RM11 juta dibelanjakan bagi tempoh dua tahun (2024-2025) untuk pemasangan lampu jalan di seluruh...
PULAU KONET JADI SEBAHAGIAN KORIDOR TENAGA NEGERI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Pulau Konet yang terletak di perairan Telok Gong, Kuala Linggi telah diwartakan sebagai sebahagian kawasan...
CETUS KEKECOHAN, ADUN PEMBANGKANG DIBERI PERINGATAN
SERI NEGERI 29 April - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, memberi peringatan terakhir kepada pembangkang, Dr....
SUNGAI MELAKA FASA DUA BERKONSEPKAN RIADAH AKAN DISERAHKAN KEPADA PPSPM JUN INI
BANDARAYA MELAKA 29 April - Sungai Melaka Fasa Dua akan diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Pantai dan Sungai Melaka (PPSPM) pada...
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...