TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK MESRA AUTISME PERTAMA DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

DUYONG 3 Disember – Usaha menyediakan lebih banyak kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) diteruskan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi pembinaan Taman Permainan Kanak-Kanak Interaktif Sejagat di Taman Bandaraya Bukit Serindit.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, kemudahan itu direka khas agar sesuai bagi kegunaan riadah anak-anak istimewa terutama kanak-kanak autisme.

Mohd Noor Helmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong berkata, kemudahan itu dilengkapi ciri interaktif, hipersensitif kepada sentuhan, pergerakan, penglihatan dan bunyi.

“Kemudahan dibangunakan MBMB adalah yang pertama di Negeri Melaka, pelaksanaan inisiatif ini menggunakan peruntukan RM500,000 daripada Jabatan Landskap Negara (JLN).

“Komponen alat permainan disediakan juga bukan setakat selamat tetapi mengikut rekaan terkini, contohnya ada struktur seperti sarung keris yang melambangkan simbol keberanian para pendekar.

“Ia juga berkonsepkan interaktif bagi membantu mengembangkan dan meningkatkan kemahiran fizikal serta mental selain merangsang pemikiran anak-anak istimewa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak Interaktif Sejagat di Taman Bandaraya Bukit Serindit, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman dan Setiausaha MBMB, Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh.

Menurutnya, inisiatif itu dirancang akan diperluaskan ke lokasi lain di Negeri Melaka dengan Sungai Udang sebagai lokasi berikutnya.

“Fasiliti seperti ini, amat berguna buat golongan istimewa terutama kanak-kanak dalam usaha mengembangkan rangsangan pemikiran mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

168
Kongsi :
Previous post LEBIH BANYAK RUMAH MAMPU MILIK AKAN DIBINA DI MELAKA
Next post MELAKA SASAR SEDIAKAN 1,000 PARAKOM
Ubah saiz-+=