Taman Laut Melaka diwartakan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PORT DICKSON 9 Jun – Taman Laut Melaka berkeluasan 26.97 kilometer persegi dan Taman Laut Gugusan Pulau Lima Johor berkeluasan 299.0 kilometer persegi diwartakan di bawah Seksyen 41 Bahagian IX, Akta Perikanan 1985 pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata setakat ini 52 taman laut kawasan perairan negara yang diwartakan telah mencapai 25,358.39 kilometer persegi atau 5.35 peratus daripada keseluruhan perairan keluasan Zon Ekonomi Eksklusif negara seluas 473,952 kilometer persegi.

“Ini menunjukkan kekayaan sumber alam (perikanan) yang melimpah di perairan negara.

“Usaha ini akan berterusan dengan penambahan kawasan Santuari Dugong berkeluasan 1,508.1 kilometer persegi dan perairan Pulau Layang-layang dengan keluasan 40.27 kilometer persegi yang dijangka diwartakan sebagai kawasn perlindungan marin menjelang 2025,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Laut Sedunia 2023 bertemakan ‘Satu Lautan, Satu Iklim, Satu Masa Depan Bersama’ di sini, pada Khamis.

Beliau berkata kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited dalam memperluas kawasan perlindungan marin bagi memulihara spesies yang terancam dan menghargai khazanah kepelbagaian biologi marin negara.

Chan berharap agar aktiviti dan program pemuliharaan seumpama itu akan diteruskan bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan alam sekitar.

Katanya didikan awal dalam kalangan generasi muda dan peringkat sekolah adalah inisiatif terbaik bagi menyemai semangat cintakan alam sekitar. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1843
Kongsi :
Previous post Cemari sungai: Kilang ayam diberi tempoh dua minggu
Next post Pemilik tadika swasta putih mata lebih RM1 juta lesap
Ubah saiz-+=