Taman Burung Melaka dibuka semula awal 2024
AYER KEROH 18 Ogos – Taman Burung Melaka di Taman Botanikal Ayer keroh yang ditutup pada 2019 akan dibuka semula dengan berwajah baharu pada awal tahun hadapan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, pembukaan semula taman berkenaan amat kena dengan permulaan kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Katanya, pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat ribuan jenis burung daripada 200 spesis yang dipamerkan di taman berkenaan.
“Taman burung ini antara produk TMM2024 dan dijangka akan dibuka kepada orang ramai pada Februari atau Mac.
“Konsep sangkar ‘gergasi’ masih dikekalkan, namun ada tambahan landskap seperti elemen air terjun, jejantas dan tempat tinggal burung,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Melaka Mall, di sini, hari ini.
Sapiah berkata, burung berkenaan diperolehi menerusi sumber sah iaitu daripada daripada operator ‘wild life’ (hidupan liar) di negara ini.
Menurutnya, akibat terbiar dan lama ditinggalkan banyak kemudahan asal di taman berkenaan mengalami kerosakan hingga terpaksa dibaikpulih.
“Untuk kos, kesemuanya ditanggung kontraktor mengikut perjanjian bersama MPHTJ,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAPAK HIASAN TAHUN BAHARU CINA SIMBOLIK PENGUKUHAN SEMANGAT PERPADUAN, KEHARMONIAN
AYER KEROH 19 Januari - Usaha penganjuran tapak hiasan bersempena Tahun Baharu Cina perlu diteruskan sebagai simbolik pengukuhan semangat perpaduan...
MAJLIS TVET MELAKA PERLUAS KERJASAMA INDUSTRI, BERI LEBIH BANYAK PELUANG
JASIN, 19 Jan - Kerajaan negeri menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka akan memperluas jaringan kerjasama...
UMPAN KEDAI RM2 PUJUK ANAK KHATAN
ASAHAN 19 Januari - Seorang ibu Shahirah Roslan,36, bertindak mengumpan anaknya dengan membeli mainan di kedai serbaneka RM2 sebagai imbuhan...
RV PARK BUKIT SERINDIT PENUHI KEPERLUAN ASAS PEMINAT KARAVAN
DUYONG 18 Januari - Recreational Vehicle (RV) Park Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit memenuhi keperluan asas peminat karavan di Malaysia...
LUBUK KERIANGAN KAKI PANCING ADA DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Kuala Linggi yang terletak di kawasan paling utara Negeri Melaka tersimpan pelbagai khazanah pelancongan yang...
LADANG NANAS PREMIUM KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Berkonsep mendidik pengunjung mengenai pertanian nanas, Ladang Nanas Fionanas, Nusa Dusun di sini, antara lokasi...