
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember – Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED terbesar di Malaysia.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, penganjuran Luna Lights Wonderland itu akan berlangsung sehingga Februari tahun depan.
“Luna Lights Wonderland ini akan bermula pada 20 Disember ini sehingga Februari dan ia akan menjadi antara tarikan baharu di Melaka.
“Tetapi ia berbentuk sementara yang mana pesta ini akan berlangsung di bahagian belakang Taman Bandaraya Bukit Serindit,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Shadan berkata, penganjuran pesta itu nanti secara tidak langsung akan merancakkan lagi sektor pelancongan Melaka yang juga bakal menjadi tuan rumah Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025).
“Dengan kepelbagaian dan warna-warni hiasan lampu LED ia bakal menarik perhatian pengunjung untuk merasai serta melihat sendiri kemeriahan itu.
“Malah bersempena dengan Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024 juga Luna Lights Wonderland akan memberi masuk percuma kepada peserta larian,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAYA PPSPM MERIAH ATAS KAPAL, BOT PREMIUM
BANDARAYA MELAKA 25 April - Menikmati juadah Aidilfitri di atas kapal Mendam Berahi antara keistimewaan Majlis Sambutan Hari Raya Perbadanan...
SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KEEMPAT BUKA TIRAI SECARA RASMI
SERI NEGERI 25 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas Tahun 2025 di Seri...
TAPAK RV BAHARU DI BANDA HILIR
RIM 25 April - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sedang dalam perancangan untuk...
CABUTAN BERTUAH TMM2024 TUNAI IMPIAN PEMAIN SEPAK TAKRAW PANDU KERETA ELEKTRIK
AYER KEROH 24 April - "Tergamam dan kelu sebaik melihat kenderaan elektrik (EV) diidamkan selama ini ada di depan mata....
1,141 JEMAAH MELAKA TUNAI HAJI TAHUN INI, PALING MUDA 16 TAHUN
PENGKALAN BATU 24 April - Seramai 1,141 jemaah Melaka menerima tawaran untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Exco...
PERBADANAN KETUA MENTERI RAIKAN RAKAN STRATEGIK PADA MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
AYER KEROH 24 April - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) meraikan rakan strategik termasuk jabatan dan agensi Kerajaan Negeri berkaitan,...