Talian komunikasi di kawasan banjir di Melaka tidak terjejas

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MELAKA, 20 Dis – Perkhidmatan telekomunikasi talian mudah alih dan talian tetap di seluruh Melaka terutama di kawasan dilanda banjir secara keseluruhannya berada dalam keadaan baik dan tidak terjejas, kata Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Melaka, Muhammad Luqman Ali.

”Bagaimanapun kami ada menerima laporan daripada para pemberi perkhidmatan telekomunikasi semalam bahawa menara telekomunikasi di Kampung Sungai Jernih, Lubok China dan Brisu di Alor Gajah telah mengalami gangguan sementara. Ini disebabkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memutuskan bekalan elektrik di kedua lokasi tersebut atas faktor keselamatan.

”Namun perkhidmatan telekomunikasi di kedua-dua lokasi telah kembali pulih seperti sedia kala hari ini. Kami juga tidak menerima sebarang laporan berhubung gangguan dari mana-mana lokasi lain di Melaka yang terjejas akibat banjir,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, pihak MCMC negeri sentiasa memantau dan akan mengambil langkah pemulihan dengan segera bersama para pemberi perkhidmatan telekomunikasi sekiranya berlaku gangguan telekomunikasi terutamanya melibatkan talian mudah alih.

Daerah Alor Gajah merupakan kawasan paling terjejas dilanda banjir dengan setakat petang ini mencatat 320 mangsa banjir yang melibatkan 15 kawasan termasuk Pekan Lubok China, Ramuan China Besar, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Taboh Naning. – BERNAMA

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

540
Kongsi :
Previous post Lima lokasi UiTM Shah Alam dijadikan PPS
Next post Banjir: Mangsa di Melaka berkurang malam ini
Ubah saiz-+=