Sorting by

×

Talian Kasih 15999 bantu kanak-kanak

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 30 Julai – Talian Kasih 15999 memudahkan lagi urusan orang ramai untuk melaporkan sebarang perlakuan pengabaian atau kes penderaan membabitkan kanak-kanak.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata 15999 juga berfungsi sebagai talian integrasi penghubung antara kumpulan sasar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan pertanyaan, aduan selain pemohonan bantuan.

“Dengan adanya nilai kasih, sudah tentu kita dapat menghalang berlaku penderaan dan pengabaian. Perasaan kasih dan sayang perlu lahir secara semula jadi dan dipupuk dalam kalangan anggota masyarakat.

“Justeru itu, anak-anak perlu peka dengan Talian Kasih 15999 kerana ini adalah nombor yang boleh mereka hubungi jika berlaku apa-apa kejadian tidak diingini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Kalsom berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited dalam memberikan yang terbaik kepada kanak-kanak di negara ini melalui empat hak dinyatakan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

“Konvensyen ini yang memberi tumpuan khusus terhadap kelangsungan hidup, perlindungan (protection), perkembangan dan
penyertaan.

“Kita perlu bersama mencari solusi dalam membantu mengatasi masalah sosial berkaitan kanak-kanak, sentiasa peka dan relevan menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan dan melindungi kanak- kanak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

173
Kongsi :
Previous post MBMB PBT pertama laksana undang-undang kecil beca
Next post Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka 9-11 Ogos
Ubah saiz-+=