Takraw Melaka sasar bawa pulang pingat

Masa Membaca:59 Saat

MERLIMAU 11 Ogos – Pasukan Sepak Takraw Melaka berazam mahu menyumbangkan pingat untuk negeri ini pada penyertaan di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) XXI, Sarawak 2024.

Bapa angkat sukan sepak sepak takraw, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pegawai dan pemain dijadualkan berlepas ke Sarawak Sabtu ini untuk memberikan saingan kepada negeri lain pada temasya dwi tahunan itu.

“Alhamdulillah Melaka menghantar kontinjen ke SUKMA Sarawak, majlis serahan jersi juga sudah disempurnakan. Sudah tentu bila kita pergi ke mana-mana kejohanan bukan sekadar ambil bahagian tetapi memberikan saingan sengit dan membawa pulang kejayaan untuk Negeri Melaka.

“Kita sasarkan insya-Allah untuk takraw ini sekurang-kurangnya akan membawa balik pingat kemenangan,” katanya ketika sidang media selepas Lawatan ke Rumah Demang Abdul Ghani sempena Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Centre on Integrated Rural Development Asia and the Pacific (CIRDAP) Ke-39 di Kampung Merlimau Tengah anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr. Muhamad Akmal percaya Melaka merupakan negeri yang mampu melahirkan bakat-bakat sukan terutamanya dalam sepak takraw.

“Saya percaya Melaka akan memberikan saingan sengit kepada semua negeri yang terlibat dalam gelanggang sepak takraw ini nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

128
Kongsi :
Previous post Hujan tak bantutkan kemeriahan Festival D’Bendang
Next post KIFAM bantu mualaf, Orang Asli tingkat kemahiran
Ubah saiz-+=