Sorting by

×

‘Tak sakit pun suntik vaksin COVID-19’

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

BUKIT BERUANG 16 Jun – “Sebelum ini ada yang cakap sakit disuntik vaksin, tapi tak sakit pun rasa macam kena gigit kerengga saja.”

Itu luahan seorang warga emas yang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Multimedia (MMU) Kampus Melaka, hari ini.

Norlia Abd Rahman, 71, tahun dari Kampung Kandang tiba jam 10.30 pagi bersama anak perempuannya bagi mendapatkan vaksin pfizer.

NORLIA.

“Masa cucuk itu rasa macam kena gigit kerengga saja, lepas itu tak ada apa-apa pun, alhamdulillah semuanya sihat saja.

“Syukur dah ambil vaksin, sekarang dah ada ubat untuk ketahanan badan kita dah rasa lega.

“Anak-Anak bagi sokongan ambil vaksin, dia (anak) cakap kalau tak ambil memang bahaya, layanan petugas di sini pun semuanya baik-baik,” katanya ketika ditemui MHI di PPV MMU di sini, hari ini.

HIZAHAWIAH.

Bagi Hizahawiah Othman, 70, pada awalnya dia berasa takut untuk mengambil vaksin, namun anaknya menasihatkan untuk mengambil vaksin demi keselamatan diri.

“Alhamdulillah takda sakit apa-apa, tiada rasa pening… sihat saja. Mula-mula takut juga nak ambil vaksin tapi bila dah fikir orang semua dah cucuk jadi tak rasa takut reda saja.

“Anak pun bagi galakkan, dia suruh ambil vaksin sebab kalau tak ambil nanti sakit lagi teruk dan tak boleh ke mana-mana,” katanya yang menetap di Cheng.

A.KARIM.

Sementara itu A. Karim Mohamad, 71, dari Ayer Molek bersyukur apabila menerima suntikan vaksin hanya seminggu selepas mendaftar di dalam aplikasi MySejahtera.

“Saya dah biasa pergi klinik, jadi kena cucuk harini tak ada apa-apa pun, dah rehat 15 minit semuanya ok sihat saja.

“Janji temu jam 11.30 pagi tadi saya datang awal dengan anak lelaki, sistem di sini bagus semuanya teratur.

“Daftar MySejahtera anak buatkan, baru  seminggu daftar lepas itu terus dipanggil untuk ambil vaksin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

448
Kongsi :
Previous post Raja-Raja Melayu sokong Parlimen bersidang secepat mungkin
Next post JAIM benarkan solat Jumaat lebih 12 orang
Ubah saiz-+=