Sorting by

×

‘Tak sabar nak masuk jawi’

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

REMBIA 19 Februari – “Anak bangun seawal jam 6.30 pagi kerana tidak sabar untuk menanti hari ‘masuk jawi’ pada hari ini (semalam),” kata Mohamad Redzuan Abu Bakar, 42.

Mohamad Redzuan bersyukur kedua-dua anaknya Muhammad Haikal Zarif, 9, dan Muhammad Haijaz Zikri, 8, langsung tidak gementar untuk melangkah ke alam dewasa.

“Sebelum datang ke klinik ini saya sudah pesan pada anak-anak jangan takut kerana bersunat ini tidak sakit.

“Sepupu dan kawan-kawan mereka semua sudah sunat, jadi ia mendorong anak-anak saya untuk datang ke klinik tanpa rasa takut,” kata bapa kepada tujuh anak ini.

Terdahulu Program Khatan Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia itu disertai seramai 121 kanak-kanak dari pelbagai kawasan

Program tersebut disempurnakan oleh Penyelaras DUN Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan di Klinik Kesihatan Rembia, di sini, semalam.

Manakala, Nadia Ya’kob, 35, turut membawa anak sulungnya Ammar Irsyad Mohd Maruan, 9, untuk dikhatankan pada program tersebut.

“Biarpun anak sulung dan tiada kawan-kawan yang datang sunat bersama alhamdulillah anak saya sangat berani dan bersemangat.

“Jam 5.30 pagi sudah bangun sebab mahu sarapan di sini, sampai klinik kira-kira jam 6.30 pagi dan waktu itu ramai peserta lain juga sudah tiba,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

383
Kongsi :
Previous post Lelaki ditahan bantu siasatan pukul ibu, anak saudara
Next post Kongsi raya, perkukuh perpaduan kaum
Ubah saiz-+=