Sorting by

×

“Tak perlu bubar, Sungai Udang aja letak jawatan…”

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Prinsip berkhidmat kepada rakyat dan melaksanakan amanah diberikan, harus menjadi pegangan utama bagi semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Melaka tanpa mengira mereka mewakili blok kerajaan mahupun pembangkang.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, peranan semua Adun ketika ini adalah bersama-sama membantu kerajaan memakmurkan Melaka dan mensejahterakan rakyat.

Mengulas lanjut Dr. Muhamad Akmal berkata, dalam keadaan semasa ketika ini rakyat juga lebih mahukan kepada sebuah kerajaan yang stabil dan boleh membela nasib mereka.

“Apa dimahukan rakyat sekarang adalah wakil rakyat yang bekerja untuk mereka, benar-benar membawa suara mereka dan membangunkan negeri.

“Rakyat sudah jemu dengan semua ini..lompat parti, hingga perlu buat pilihan raya, saya amat tidak menyokong perkara ini. Tidak menguntungkan rakyat, perbuatan seperti ini hanya akan membuatkan rakyat jemu terhadap pemimpin.

“Pembangunan juga akan terbantut, kesannya akan dirasai rakyat. Rakyat sudah menolak ketidakstabilan politik, akhirnya negara tidak dapat dibangunkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin, berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Adun Sungai Udang, Dr. Mohd Aleef Yusof mencabar Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tindakan Dr. Mohd Aleef itu adalah susulan kenyataan Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, mahu merampas semula kerusi DUN Sungai Udang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti.

Menurut beliau, semua Adun seharusnya memastikan setiap janji atau manifesto pilihan raya ketika meraih undi dilaksanakan tanpa mengira parti diwakili kini membentuk kerajaan atau pembangkang.

“Jika Sungai Udang mahu mencabar untuk bertanding (bubar DUN) boleh..letak jawatan (kosongkan kerusi), tapi libatkan kerusi beliau sahaja, jangan babitkan DUN lain.

“Tetapi sebelum itu beliau kena pastikan kepimpinan parti (Bersatu) memilih beliau sebagai calon jika berlaku pilihan raya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

23539
Kongsi :
Previous post Rumah peninggalan mendiang suami musnah dalam sekelip mata
Next post “Bantu rakyat, jangan terlampau berpolitiklah…”
Ubah saiz-+=