Sorting by

×

‘Tak Melayu Hilang Di Dunia’

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad

PANTAI KUNDOR 6 Januari – Meskipun ada pihak mendakwa kepahlawanannya sekadar lagenda, namun hasil dapatan daripada kajian dijalankan Kerajaan Negeri, semakin banyak bukti menyokong kewujudan Laksamana Hang Tuah ditemui di pelbagai negara.

Dikenali sebagai seorang pendekar yang handal dalam ilmu seni mempertahankan diri dan keris Taming Sari, Laksamana Hang Tuah juga terkenal dengan sifatnya yang berani selain taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada sultan.

Makam Hang Tuah ini yang terletak di Tanjung Kling, bukan sekadar tapak sejarah, sebaliknya menjadi rujukan kepada orang ramai atau pelancong mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai pahlawan Melayu ini.

Diceritakan, ketika remaja lagi Hang Tuah sudah menunjukkan sifat kepahlawanannya apabila berjaya menangkap seorang lelaki yang mengamuk di Kampung Duyong.

Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana seterusnya dilantik sebagai pahlawan termuda berkhidmat di Negeri Melaka.

Masih banyak masih misteri mengenai Hang Tuah, ada beberapa hikayat menyatakan bahawa Laksamana Melaka ini hilang begitu sahaja, tidak kurang juga mendakwa beliau meninggal dunia di Perak.

Hang Tuah 2
PENGUNJUNG melawat tapak sejarah di Makam Hang Tuah, Tanjung Kling. Foto MR AZLI

Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Sri Lanang, dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dunia dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.

Ukuran panjang makam Hang Tuah juga berbeza dengan kubur yang biasa, di mana Makam Hang Tuah boleh dikatakan sama panjang dengan sebatang pokok kelapa yang agak tinggi.

Pada makam tersebut turut memaparkan tugu peringatan peninggalan kata amanat serta keramat Laksamana Hang Tuah iaitu ‘Tak Melayu Hilang Di Dunia’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1708
Kongsi :
Previous post Buaya berjemur tarikan Eco-Cruise Sungai Linggi
Next post Mayat tanpa kepala, kaki dan tangan ditemui dalam longkang
Ubah saiz-+=