Sorting by

×

Tak bagi buka kotak helah jual limau busuk, berkulat.

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

PENGKALAN BATU 22 Dis. – Meletakkan notis tidak membenarkan pelanggan membuka kotak buah menjadi helah sebuah pasar raya terkenal di sini menjual buah limau yang sudah busuk, berkulat dan berair.

Helah notis kepada pelanggan dengan alasan supaya tidak merosakkan bungkusan terbabit bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dalam satu serbuan dijalankan Jabatan Kesihatan negeri di pasar raya itu yang terletak di Bandaraya Melaka petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan terbabit menyalahi Akta Makanan 1983 kerana menjual makanan yang telah rosak dan boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM3,000 buat setiap barangan.

“Tindakan menjual barangan yang rosak dan tidak berkualiti menjadi satu kesalahan buat dan dalam operasi yang dijalankan ini kita dapati ada buah-buahan yang rosak dan berair dijual kepada orang ramai.

“Malah beberapa produk lain turut ditemui dengan menyalahi kesalahan dari segi pelabelan, pembungkusan kemik dan ada juga yang telah melepasi tarikh luput,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Operasi Hari Krismas (Ops Natal 2020) di sebuah pasar raya di negeri ini.

PAPAN tanda harga yang turut memberi notis orang ramai agar tidak membuka bungkusan kotak terbabit antara helah yang digunakan untuk mengelirukan pelanggan.

Rahmad berkata, semua pihak perlu memainkan peranan agar tidak memandang ringan dalam aspek keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.

“Saya mengingatkan pemilik premis agar mematuhi akta yang telah diperuntukkan dengan menjual barangan yang berkualiti demi keselamatan pelanggan.

“Pelanggan juga perlu menjadi pengguna bijak dengan memilih makanan yang benar-benar berkualiti,” katanya.

Terdahulu, pada pemeriksaan itu mendapati, anda antara kotak buah yang diperiksa basah dan berair sekaligus menunjukkan helah pasar raya terbabit menjual buah yang sudah rosak.

Selain itu, terdapat beberapa rak yang mempamerkan barangan tidak berkualiti dengan keadaan pembungkusan kemik dan rosak termasuk tamat tarikh luput.

Views:

1339
Kongsi :
Previous post ‘Glamping’ berkonsepkan eko pelancongan akan diwujudkan di Melaka
Next post COVID-19 : 135 individu Pusat Koreksional Jasin disahkan positif
Ubah saiz-+=