
Tajuddin pengerusi baharu kelab penyokong kerajaan, Mohd Khairuddin timbalan
KUALA LUMPUR 15 Sept – Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
Tajuddin dilantik mengisi jawatan itu menggantikan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dalam kabinet kerajaan Persekutuan.
Beliau yang mengesahkan perkara itu ketika ditanya Bernama, turut memaklumkan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagai Timbalan Pengerusi.
Tajuddin berkata Kelab Penyokong Kerajaan itu kini akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia (BBC Kerajaan Malaysia).
Sebelum ini, ketika diterajui Shahidan ia dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC).
Shahidan dilantik sebagai Pengerusi PNBBC pada Mei 2020 manakala Timbalan Pengerusi ketika itu disandang Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...