Sorting by

×

Tahun 2023, MPJ bakal ‘mewarnakan’ Jasin

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

JASIN 26 Januari – Beberapa lokasi tumpuan pelancong dalam daerah Jasin bakal dinaik taraf dengan keindahan dan keceriaan pada tahun ini sebagai persiapan menghadapi Tahun Melawat Melaka pada tahun 2024.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Datin Sapiah Haron berkata antara lokasi yang akan dinaik taraf adalah Dataran Merlimau, Dataran Vista Alamanda, Pekan Jasin, Laman Belia Sungai Rambai, Bukit Batu Lebah, Bukit Langsat dan pelbagai lagi lokasi.

photo_2022-12-30_19-42-56
Yang Dipertua MPJ Datin Sapiah Harun. Foto Iqmal Haqim Rosman

Katanya, bagi Dataran Orang Kampung, Merlimau yang akan dirasmikan pada 28 Januari ini bernilai RM500,000 kos dengan peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Menyahut seruan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, tahun 2023 adalah tahun memperhebat lokasi pelancongan bagi menyambut tahun Melawat Melaka Tahun 2024, sekaligus kita akan perindah Bandar Jasin.

“Seperti di Bandar Jasin, bangunan lama di kawasan terbabit akan dicat semula dengan warna-warni selain pemasangan lampu untuk pencahayaan di waktu malam.

“Kita juga akan membangunkan semula Laman Belia Sungai Rambai, sebagai pintu masuk ke Melaka, MPJ akan menaik taraf fasiliti yang terdapat di lokasi terbabit selain mewujudkan produk pelancongan baharu seperti ‘Mini River Cruise’ di situ,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2023-01-25 at 4.31.20 PM
LORONG pejalan kaki yang dihiasi ‘ikan lumba-lumba’ di Dataran Orang Kampung, Merlimau yang akan dirasmikan pada 28 Januari ini

Mengulas lanjut, Sapiah berkata pihaknya turut memaklumkan kepada operator-operator yang menjaga kawasan Bukit Batu Lebah dan Bukit Langsat untuk perbaiki kemudahan di situ.

Jelasnya, pihaknya turut meminta operator berkaitan untuk mewujudkan produk pelancongan baharu di lokasi terbabit menjelang hujung tahun ini.

“Di kawasan -kawasan yang dijaga pihak swasta turut kita maklumkan untuk tambah baik fasiliti, pergiat dalam menceriakan kawasan dan menambah produk pelancongan baharu untuk tarik pelancong ke sana,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2325
Kongsi :
Previous post MBMB Warriors juara sulung Governor Cup Melaka
Next post Teka-teki Melaka FC terlerai 9 Februari ini
Ubah saiz-+=