Sorting by

×

Tabung bantu Palestin akan diperluaskan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PAYA RUMPUT 16 Februari – Tabung sumbangan membantu saudara Islam di bumi Palestin dicadang untuk diperluaskan di seluruh Negeri Melaka.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, sumbangan dan bantuan perlu terus disalur memandangkan bumi Palestin sehingga kini masih dizalimi rejim zionis.

Katanya, tahun lalu, sejumlah lebih RM200,000 telah berjaya dikumpulkan di seluruh negeri dan disalurkan kepada Palestin selepas tabung berkenaan pertama kali dilancarkan pada Malam Cinta Rasul.

“Buat masa ini tabung-tabung sumbangan untuk Palestin diselaraskan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membabitkan semua masjid dan surau.

“Jadi, saya harap sumbangan ini diteruskan dan diperluaskan lagi kerana selagi Palestin masih memerlukan bantuan, maka kita akan terus membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Solidariti Palestin Sempena Sambutan Minggu Al Quds Sedunia di Masjid Cina, Krubong, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Tuminah Kadi @ Mohd Hashim; Pengerusi Kesatuan Ulamak Palestin Di Asia Tenggara Syeikh Dr. Aahid Abu Ata dan Pengerusi Lembaga Pengarah Tower Bridge For Consultant And Training United Kingdom Datuk Ahmad Amir Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

396
Kongsi :
Previous post Bazar Ramadan, Aidilfitri Melaka sedang diselaras
Next post Tarik balik sijil perakuan bomba jika tak penuhi syarat
Ubah saiz-+=