
“Syukur tiada yang tercedera”- KM
AYER KEROH 30 Jun – Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali menzahirkan rasa simpati terhadap Salmah Kassim, 81, selepas rumah pusaka miliknya hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira 2 pagi semalam.
Menerusi kenyataannya di laman sosial Facebook, Sulaiman berkata, rumah terbabit dilaporkan musnah 80 peratus akibat kebakaran berkenaan.
“Saya melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Salmah serta lima ahli keluarganya selepas rumah pusaka milik mereka hangus dalam kejadian kebakaran di Batu 34 ¼ Kampung Pengkalan Pauh, Lubok Cina, Melaka, kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam).
“Saya berkesempatan melawat Salmah sekeluarga, sebentar tadi sambil melahirkan rasa syukur kerana tiada sesiapa yang tercedera dalam kebakaran ini.
“Difahamkan kira-kira 80 peratus struktur kediaman musnah.
“Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) serta agensi berkaitan akan segera menyalurkan sebarang bentuk bantuan serta keperluan buat keluarga ini,” katanya.
Hadir sama pada lawatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...