Sorting by

×

SYUKUR RAMAI YANG PRIHATIN

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BEMBAN 25 Disember – Hanya rasa syukur dapat diungkapkan Nordin Abu Seman, 51, dan isteri Suzie Azita Md Zahid, 52, selepas kesukaran hidup mereka yang terpaksa tinggal dalam khemah mendapat perhatian pelbagai pihak.

Nordin berkata, pada mulanya dia bercadang untuk membina kediaman sendiri selepas pulang ke Melaka, namun kekangan kewangan membantutkan hasratnya itu.

Katanya, berikutan itu dia bersama isteri terpaksa menghuni khemah di tanah milik arwah datuknya di Kampung Kemangkang, Kesang Tua sebelum berpindah ke rumah sewa sementara hasil inisiatif pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Melaka.

“Sebelum ini saya bersama isteri tinggal di Cheras, Kuala Lumpur. Saya berniaga burger, isteri pula mengasuh kanak-kanak.

“Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya tidak boleh berniaga dan ketika itu isteri pula diserang angin ahmar menyebabkan bahagian badan sebelah kanan tidak boleh bergerak.

“Ketika di Melaka saya melakukan pelbagai kerja kampung dan menoreh getah, pada masa yang sama cuba siapkan rumah idaman kami, tetapi gagal berikutan kekangan kewangan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dia juga amat tersentuh dengan keprihatinan pelbagai pihak seperti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Japerun Bemban, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan serta Majlis Perbandanran Jasin (MPJ).

“Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan Sri Manja kerana membenarkan saya guna elekrik dari bangunan mereka. Banyak dugaan sepanjang tinggal dalam khemah banjir separas paha yang menyebabkan banyak barangan milik kami rosak selain tong gas dicuri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

105
Kongsi :
Previous post 223 PESERTA MERIAHKAN BOLING DUN TANJUNG BIDARA
Next post ‘FLYING SIKH’ MASIH BERBISA DI USIA 63 TAHUN
Ubah saiz-+=