Sorting by

×

‘Syukur masih ada yang sudi belanja baju raya untuk kami’

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

AYER KEROH 23 April – Remaja ini meluahkan rasa terharu kerana masih ada pihak yang sudi membantu membelikan baju raya untuk digayakan pada 1 Syawal ini.

Nuraliya Damia Rosli, 13, berkata arwah bapanya meninggal dunia 10 tahun lalu ketika dia baru berusia tiga tahu dan hidupnya selepas itu bergantung harap kepada ibu yang mencari rezeki dengan bekerja separuh masa sebagai penjual kerepek dan keropok di sebuah pusat beli-belah.

Kerana terlalu teruja sepanjang perjalanan Nurliya, membayangkan dan berfikir jenis serta warna baju bakal menjadi pilihannya.

NURALIYA Damia

“Saya pilih jubah warna ‘pink’ (merah jambu), selain itu saya juga beli stokin sekolah, kasut dan tudung, lebih menggembirakan bila dapat duit raya.

“Perasaan saya sekarang memang bersemangat untuk berhari raya bersama ibu dan adik berusia 10 tahun.

“Kami tinggal tiga beranak selepas arwah ayah meninggal dunia akibat masalah jantung. Sekarang ibu dan adik tempat saya menumpang kasih,” katanya.

KAKITANGAN MICTH memilih baju raya untuk anak-anak yatim

Dia antara 30 anak asnaf dari Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Kampung Bukit Pegoh, Pernu diraikan pada Program CSR Ramadan MICTH di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, di sini, semalam.

ANIS Nasuha

Seorang lagi, anak yatim Anis Nasuha Ahmad Ismal Hafizul Azim, 13, berkata, pemberian baju raya dan tudung warna ‘peach’ menyebabkan dia tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri.

“Bapa meninggal dunia ketika saya berusia sembilan tahun akibat sakit jantung, sekarang ibu menjual nasi Arab di rumah untuk tampung kami empat beradik,” katanya.

KAKITANGAN MICTH memilih baju raya untuk anak-anak yatim

Sementara itu, Penolong Pengurus Bahagian Korporat Melaka ICT Holding Sdn Bhd (MICTH), Azimah Ibrahim berkata program tanggungjawab sosial koporat (CSR) itu, membabitkan 30 anak yatim, iaitu 10 lelaki dan 20 perempuan lingkungan usia empat hingga 13 tahun.

“Setiap peserta kami peruntukan RM300 dan mereka boleh pilih baju raya yang disukai. Program CSR ini adalah kali kedua laksanakan.

“Kita akan suruh dia (anak yatim) pilih baju raya, tudung, songkok, kasut dan lain-lain aksesori mengikut peruntukan disediakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1171
Kongsi :
Previous post Singapura sambung semula perkhidmatan bas, teksi rentas Malaysia mulai 1 Mei
Next post ‘Black’ sambut kaki pancing
Ubah saiz-+=