Sorting by

×

Syarikat semikonduktor sasar pelaburan RM1 bilion di Melaka dalam tempoh lima tahun

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

PENGKALAN BATU 23 April – Syarikat semikonduktor dari China, ATX Group yang juga berpangkalan di Melaka sejak 1990 menyasarkan pelaburan hampir RM1 bilion bagi memperluaskan perniagaannya dalam tempoh lima tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif ATX Group, Chris Hsu berkata kedudukan Melaka yang strategik ditambah dengan sokongan berterusan daripada Kerajaan Negeri menjadikan syarikat itu yakin untuk memperluaskan sektor pembuatan semikonduktor di negeri ini.

Menurutnya, syarikat berkenaan mempunyai enam industri dan Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang beroperasi di luar China telah membawa pelaburan sebanyak RM258 juta (USD55 juta) ke negeri ini bagi mengembangkan perniagaannya.

“Pada fasa pertama kami memilih Melaka sebagai negeri pengeluar terbaharu yang selepas perniagaan ini bermula dari China.

“ATX Semiconductor (Melaka) Sdn. Bhd. yang menghasilkan produk cip semikonduktor bagi penggunaan automotif, peralatan berteknologi tinggi(high end) serta pebagai lagi memilih Melaka kerana lokasinya yang strategik seperti berdekatan dengan Singapura dan Kuala Lumpur.

“Misi kami selepas lima tahun akan datang kita akan membina sebuah bangunan baharu di negeri ini dengan nilai pelaburan hampir RM1 billion (USD 200 juta),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pembukaan ATX Semiconductor (Melaka) Sdn. Bhd. di Batu Berendam, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Nordin; Timbalan Presiden Pusat Perniagaan ATX Group; Pengurus Besar ATX Weihai, China, Sunny Aw; Pengurus Besar ATX Melaka, Lim Siew Chin serta tetamu lain.

Sementara itu, Kalsom berkata, ATX yang mula bertapak di negeri ini sejak tiga dekad lalu telah membawa pulangan ekonomi kepada rakyat selepas menawarkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan.

“Nilai pelaburan yang diterima ini merupakan antara yang terbesar memasuki di negeri ini dan sebagai mewakili Kerajaan Negeri kita akan berusaha di bagi memacu ekonomi di negeri ini dengan membawa lebih ramai pelabur dari luar untuk datang ke Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2577
Kongsi :
Previous post Karnival Baca Perdana julung kali dianjur PNM Julai ini – PNM
Next post Belajar sambil akses internet percuma di perpustakaan digital
Ubah saiz-+=