Sorting by

×

SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

PAYA RUMPUT 23 November – SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyasarkan 10 kemudahan kiosk Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK) akan dibuka di Melaka pada tahun hadapan.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata setakat November tahun ini, dua PPLK telah dibuka di negeri ini.

Jelasnya, dua pusat pandu lalu itu adalah di Taman Botanikal Ayer Keroh dan yang terbaharu dilancarkan, PPLK TS Park di Taman Desa Bertam, Paya Rumput.

“Untuk sasaran PPLK, kita sasarkan minimum 10 PPLK pada tahun hadapan, dan 3 PPLK akan dilancarkan pada setiap kuarter tahun.

“Kita jangkakan pada tahun 2025, SWM Environment Melaka akan giat bersama-sama dengan beberapa pemaju perumahan serta beberapa pemain industri (kilang) yang akan bersama-sama mewujudkan PPLK di lokasi-lokasi komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di TS Park Taman Desa Bertam di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Operasi SWM Environment Wilayah Melaka dan Johor Utara, Khaw Su Aun; Pengurus Kanan Komunikasi Korporat SWM Environment Melaka dan Negeri Sembilan, Nurul Liza Mohd Najib dan Pengurus Kewangan Teladan Group Berhad, Ng Mih Fern.

Mengulas lanjut, Mohd Norlisam berkata PPLK TS Park Taman Desa Bertam itu merupakan jalinan kerjasama julung kali pihaknya dengan pemaju perumahan, Teladan Group Berhad (TELADAN).

Jelasnya, jalinan kerjasama bersama pihak pemaju itu dilihat berupaya menjadi pencetus kepada lebih banyak kerjasama dengan pemain sektor industri selepas ini.

“Kiosk PPLK di TS Park Taman Desa Bertam ini dibangunkan di lokasi riadah penduduk perumahan yang mana masyarakat sekitar dapat memanfaatkan sepenuhnya kiosk PPLK terbabit,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

312
Kongsi :
Previous post ‘AH SEM’ MAHU BINA TIGA MASJID
Next post PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
Ubah saiz-+=