SWM Kasih Misi Sampul Merah, ceriakan anak autisme

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

DUYONG 19 Januari – Syarikat konsensi pembersihan, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) berkongsi kegembiraan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina apabila menyampaikan sumbangan kepada anak-anak istimewa di Persatuan Kanner Melaka (PKM).

Pengurus Besar Korporat SWM, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, sumbangan itu adalah di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Untuk hari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada Ahad, SWM Environment tampil memberi sejumlah barangan makanan organik yang bersesuaian kepada PKM buat kegunaan mereka.

“Dengan sumbangan ini diharap dapat membawa keceriaan bersama. SWM Environment menerusi program CSR tampil dengan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan sama ada, orang perseorangan dan juga persatuan,” katanya.

WhatsApp Image 2023-01-19 at 3.23.22 PM
Mohd Norlisam melihat pelajar Persatuan Kanner Melaka membuat barangan kraftangan daripada bahan kitar semula

Mohd Norlisam ditemui selepas Program SWM Kasih Misi Sampul Merah Tahun Baru Cina, yang turut dihadiri Pengarah SWCorp Melaka, Khairul Adha Mutalib, di PKM, di Semabok, hari ini.

Menurutnya, selain penyerahan sumbangan, pada program itu juga pelajar di situ turut diajar membuat gubahan kraftangan daripada bahan kitar semula, yang mana secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada golongan itu.

“Ia secara tidak langsung selepas ini boleh membantu mereka untuk menghasilkan kraftangan dan menjana pendapatan sampingan. Kami juga membawa misi recycle ia itu dengan mendaftarkan persatuan ini dalam Program KitarRecycle,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Norlisam berkata, SWM Environment juga sudi membantu persatuan itu untuk membuat baja sendiri untuk kegunaan tanaman organik yang diusahakan oleh PKM.

“Kita akan menyumbang peralatan asas untuk persatuan memulakan menghasilakn baja melalui atau menggunakan bahan-bahan sisa makanan. Malah kita akan meminta pelajar sekiranya mereka dapat bersama-sama menyumbang sisa makanan.

“Melalui cara ini, mereka tidak perlu lagi mengeluarkan kos untuk membeli baja. Ini ada yang kita dapat sumbangkan juga kepada mereka dan dijangkakan ia akan dimulakan pada Februari nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1837
Kongsi :
Previous post MOTAC sasar RM120.4 billion pendapatan hasil daripada sektor pelancongan
Next post Produk ekopelancongan umpama emas berharga – MOTAC
Ubah saiz-+=