Sorting by

×

SWM Environment sasar perluas 3R Rangers ke seluruh sekolah di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 52 Saat

AYER KEROH 5 Januari – SWM Environment Sdn Bhd akan memperluaskan pasukan 3R Rangers ke semua sekolah di negeri Melaka dalam usaha menggalakkan amalan ‘reduce’, ‘reuse’, ‘recycle’ atau 3R.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, selaku syarikat konsensi untuk sisa pepejal, pihaknya mempunyai tanggungjawab dalam mendidik masyarakat dan orang awam tentang dasar kerajaan tentang sisa di punca dan budaya 3R.

Beliau berkata, menyedari terdapat sekolah-sekolah yang turut melaksanakan program bersifar memberi kesedaran dan membudayakan sisa di punca dan juga 3R, pihaknya menubuhkan pasukan 3R Rangers pada Ogos tahun lalu dengan menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, sebagai projek perintis.

“Pada waktu ini SMK Munshi Abdullah, menjadi pilot projek kita dan dapat yang kita dapat daripada pasukan 3R Rangers ini amat positif oleh itu kita berhajat untuk memperluaskan pasukan ini kesemua sekolah di Melaka.

“Kita tiada sasaran dan had tetapi kita lihat kepada sekolah yang komited serta aktif untuk bersama-sama dengan kita yang itu akan diberikan keutamaan. Seperti di SMK Munshi Abdullah ini, komitmen yang diberikan bermula dari pengurusan tertinggi sehingga pelajar amat baik,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui di SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam, hari ini yang turut dihadiri Pengetuanya, Ramli Abdullah.

norlisam
Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin

Menurutnya, bagi merealisasikan hasrat itu , pihaknya juga akan turun mengadakan ceramah serta program di sekolah-sekolah supaya murid dan pelajar mendapat pendedahan.

“SWM akan turun ke sekolah-sekolah dengan mengadakan ceramah serta program agar mereka mendapat pendedahan sewajarnya sekaligus mereka tertarik untuk bersama-sama dengan kita serta sertai pasukan 3R Rangers ini.

“Melaka ini negeri kecil selain mudah kerana kita mendapat komitmen yang begitu baik dan positif dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan ini amat memudahkan untuk kita jalinkan kerjasama dalam menganjurkan program,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Norlisam berkata, peranan 3R Rangers sama seperti 3R Troopers tetapi pasukan itu tertumpu di peringkat sekolah malah pelajar ini turut diajar tentang ‘micro sorting’ seperti yang dilaksanakan di peringkat SWM Environment sendiri.

Jelasnya, pihaknya mengharapkan dalam tempoh jangka masa yang panjang, kesedaran mengenai budaya kitar semula ini dapat diperluaskan dalam kalangan pelajar sekolah malah memberi manfaat kepada alam sekitar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1965
Kongsi :
Previous post Inspektor polis didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja bawah umur
Next post Tidak kisah jika wajib pakai pelitup muka, sudah terbiasa
Ubah saiz-+=