
SUV TERBABAS, ENAM TERMASUK PELAJAR SEKOLAH CEDERA
REMBIA 12 September – Enam termasuk lima pelajar sekolah cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz dinaiki terbabas lalu merempuh pokok di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin Sungai Petai, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kesemua pemandu dan penumpang bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazri Mat Rais, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.34 tengah hari sebelum menggerakkan 10 anggota ke lokasi.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar terdapat sebuah kereta jenis Perodua Aruz telah terbabas dan melanggar pokok.
“Terdapat enam mangsa di dalam kereta dan telah dikeluarkan oleh orang awam dam dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pasukan bomba tiba.
“Anggota bomba kemudiannya melakukan kerja-kerja pemotongan pokok di lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Menurutnya, operasi tersebut tamat pada jam 2.05 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...