Sorting by

×

SUSUR BULATAN KLEBANG KINI DIBUKA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KLEBANG 14 November – Susur Persimpangan Bulatan Klebang menghala ke Batang Tiga dibuka untuk pengguna jalan raya bermula hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, projek naik taraf Bulatan Klebang itu mengambil masa kira-kira 20 minggu untuk disiapkan selepas pemilikan tapak dibuat pada 14 Jun lalu.

“Permohonan pembinaan aspek tambah baik dan susur itu dibuat Japerun Klebang kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan yang menelan belanja sebanyak RM923,340.

“Kerja-kerja ini merangkumi tambah baik aspek keselamatan di persimpangan bulatan dan satu lorong susur menghala ke Batang Tiga.

“Laluan susur ini sudah boleh digunakan oleh pengguna jalan raya bermula hari ini selepas dibuka kepada semua kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Susur Persimpangan Bulatan Klebang yang turut dihadiri Pengarah JKR Negeri Melaka Ir. Mohamad Salzeli Moktar, hari ini.

Bang Hong berkata, dengan pembukaan susur itu, ia akan memberi keselesaan khususnya kepada pengguna jalan raya dan sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

“Ia bukan sahaja memberi kesenangan kepada pengguna jalan raya tetapi juga mengurangkan kesesakan terutamanya pada waktu puncak dan hujung minggu.

“Malah apa yang penting ia akan menambah baik aspek keselamatan sekali gus dapat mengurangkan risiko kemalangan,” katanya.

Jelasnya, untuk perancangan akan datang, Japerun Klebang akan membuat permohonan baharu bagi menaik taraf atau pelebaran jalan sehingga ke persimpangan lampu isyarat Batang Tiga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2913
Kongsi :
Previous post JETI MICT DIBINA BERBENTUK ‘L’
Next post MIROS KELUAR TIGA GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN EV
Ubah saiz-+=