Sorting by

×

Susun semula peniaga selepas aktiviti tambakan laut selesai

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat
PANTAI KUNDOR – Penempatan semula peniaga di Pantai Puteri dijangka selesai selepas kerja menambak laut di perairan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, siap sepenuhnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi@ Mohd Hashim berkata, hakisan pantai menyebabkan ruang niaga menjadi semakin sempit hingga memaksa penjaja dan peniaga menggunakan kawasan parkir.
Tuminah berkata, pihaknya amat berharap agar kerja menambak laut disegerakan dan penyusunan semula peniaga dapat dijalankan.
“Apabila tambakan ini dipercepatkan kita boleh merancang untuk menyusun semula peniaga di sepanjang Pantai Puteri kerana kalau kita lihat sekarang ini, radius pantai
atau kawasan tanah semakin mengecil.
“Usaha menyusun penaiga terbantut ketika ini, menjadi satu masalah untuk mencari lokasi atau kawasan lain oleh itu kami memang harapkan tambakan disegerakan,” katanya.
Menurutnya, peniaga tidak mempunyai pilihan selain menggunakan petak parkir namun mereka dihasihatkan supaya tidak meninggalkan barangan atau peralatan perniagaan di kawasan itu.
Menurutnya, apabila kerja tambakan siap sepenuhnya ia juga mampu mengurangkan rungutan pengunjung mengenai kesukaran mendapatkan petak parkir.
“Banyak yang dirancang untuk dibangunkan termasuk memasang lampu hiasan menerusi kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
“Turut dirancang adalah kerja mengindahkan lagi Pantai Puteri dan fasiliti lain untuk keselesaan semua pihak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1115
Kongsi :
Previous post Baik pulih Perkampungan Hang Tuah libat peruntukan RM4 juta
Next post Dua beradik maut kereta dirempuh lori tangki
Ubah saiz-+=