
Suspek kes rompak, tembak pengawal keselamatan direman seminggu
Masa Membaca:33 Saat
KUALA LUMPUR, 12 Mac – Suspek yang menembak mati seorang pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi dalam kes rompakan bank di Puchong Prima, dekat sini semalam, kini direman selama tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman ketika dihubungi hari ini berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan Seksyen 3 Akta Senjata Api Lebih Berat 1971.
Semalam, susulan kejadian pada pukul 5.50 petang, Abd KhalidĀ dilaporkan berkataĀ polis menahan seorang suspek berumur 38 tahunĀ di tempat awam sekitar Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 7 malam bersama karung berisiĀ wang tunai.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
513