Suspek kes pecah rumah ditemukan lemas
KANGAR 4 Mac. – Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah ditemukan lemas hari ini selepas bertindak terjun ke dalam sungai bagi melarikan diri ketika dikejar penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Paloh, Arau petang semalam.
Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof berkata dalam kejadian 3.50 petang itu, suspek berusia 33 tahun terbabit nekad terjun ke dalam sungai berkenaan sebelum dilaporkan hilang daripada pandangan orang awam yang mengejarnya.
“Mayatnya ditemukan di dasar sungai oleh penyelam Unit Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 11.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Perlis Ruhisha Haris berkata operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa bermula pada 8 pagi tadi membabitkan 11 anggota sebelum mayat lelaki berkenaan ditemukan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...