Suspek bunuh Cikgu Istiqomah dituduh Isnin

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

ALOR GAJAH 16 Ogos – Suspek utama kes pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, 33, akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sebelum ini sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Untuk makluman awal terkini, OKT (orang kena tuduh) kes bunuh Cikgu Istiqomah akan dituduh di mahkamah pada Isnin.

“Ia seperti mana arahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain,” katanya.

Jelasnya, Pengarah Pendakwaan Negeri juga sudah mengeluarkan izin pendakwaan terhadap tertuduh namun terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum arahan untuk mendakwa dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Januari lalu, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki, dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Melaka, jam 2 petang.

Hasil siasatan awal, mangsa disyaki dibunuh dengan anggota badan iaitu kepala, tangan serta kaki dipotong dan disumbat ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke longkang.

Hasil siasatan dilakukan, polis menahan seorang lelaki yang juga kenalan mangsa ketika sama-sama belajar di universiti.

Suspek bekas guru sebelum itu berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex), dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan dengan mangsa yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3 dekat Pasir Gudang, Johor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

147
Kongsi :
Previous post Bukti kerajaan prihatin, martabat peranan penjawat awam
Next post Rebat bil air percuma kepada mangsa banjir Masjid Tanah dan Alor Gajah
Ubah saiz-+=