
SURI RUMAH RUGI RM147, 753 TERPEDAYA KERJA DALAM TALIAN
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa tertarik untuk menyertai tawaran kerja dalam talian menggunakan platform dikenali ‘Hand Craft Group 049’ pada 13 Dis lepas yang menjanjikan keuntungan lumayan bagi setiap produk dijual di Telegram.
Mangsa telah diberikan pautan bagi melakukan setiap tugasan berkenaan bagaimanapun suspek kemudian mengarahkan wanita itu membuat semula kerja kraf tangan itu kerana kononnya terdapat kesilapan.
“Dalam pada itu, mangsa juga telah membuat bayaran dengan 28 transaksi ke sembilan akaun bank berbeza untuk mendapatkan semula pautan daripada suspek.
“Mangsa mula menyedari ditipu apabila suspek mengatakan mangsa berjaya mendapat komisyen sebanyak RM200,000 tetapi gagal ditebus sehingga mengalami kerugian. Kesemua transaksi itu menggunakan wang simpanan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...