Surau, dewan terbuka untuk SK Jeram

Masa Membaca:55 Saat

AYER LIMAU 26 Julai – Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram menikmati dua kemudahan baharu apabila pembinaan surau dan dewan terbuka hasil inisiatif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sudah hampir siap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, setakat ini Surau Al Kauthar memulakan pembinaan Mac lalu sudah 90 peratus diap.

“Kos RM200,000 bagi membina surau ini adalah hasil sumbangan orang ramai dan PIBG, apabila siap kelak kemudahan ini akan digunakan untuk mendidik anak-anak kira mengenai ilmu agama.

“Sementara itu kontraktor juga sedang giat menyiapkan dewan terbuka, kemudahan berbumbung itu akan memberikan keselesaan kepada pihak untuk menganjurkan aktiviti memberi manfaat kepada pelajar,” katanya.

SURAU Al Kauthar di SK Jeram yang kini sudah 90 peratus siap

Beliau berkata, pembinaan dewan terbuka dengan kos RM50,000 itu juga menggunakan hasil sumbangan orang ramai.

“Kedua-dua kemudahan ini diharap dapat menyuntik semangat pelajar untuk terus maju dalam pelajara, saya bersama PIBG akan sentiasa berusaha memberikan kemudahan terbaik buat mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2596
Kongsi :
Previous post 11 projek baharu pendidikan diangkat dalam RMKe-12
Next post Pastikan pembangunan Laman Belia tidak cemari Sungai Kesang
Ubah saiz-+=