Surat MITI tidak diterima di SJR 18 hingga 21 Julai – KPN
KUALA LUMPUR 18 Julai – Polis Diraja Malaysia tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai hari ini hingga 21 Julai ini, untuk pergerakan rentas negeri.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ini susulan pihaknya mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari, kebelakangan ini.
“Semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri diarahkan untuk meningkatkan penguatkuasaan, dan tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah.
“Ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab, daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri, untuk sambutan Hari Raya Aidiladha,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Bagaimanapun, Acryl Sani berkata larangan tersebut tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis, serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.
Jelasnya lagi, mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini, akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi dan masyarakat turut dinasihatkan untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan wabak COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...