Suntik motivasi, ubah mentaliti pelajar

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 17 Februari – Seramai 100 pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) terpilih mengikuti program motivasi Student Enhancement and Transformation Program (STEP), baru-baru ini.

Program yang diadakan di Forestay Taman Botanikal Melaka selama dua hari itu turut melibatkan 20 ahli jawatankuasa dan fasilitator yang terdiri dalam kalangan pensyarah ICYM sendiri.

Pengarah Program Muhamad Taufiq Abd Latif berkata, program berkenaan diadakan kembali selepas tiga tahun dihentikan akibat pandemik COVID-19.

Jelasnya, ia diadakan bertujuan membantu pelajar-pelajar kolej berkenaan meningkatkan kembali fokus dan motivasi mereka dalam pembelajaran.

“Pada masa sama, menerusi STEP juga ia diharap dapat membantu pelajar mengubah diri kepada sikap dan tingkah laku yang lebih baik sepertimana slogan program kali ini iaitu ‘Hentikan Alasan Mulakan Tindakan’,” katanya.

Aktiviti Ice Breaking
PARA peserta mengikuti sesi ‘ice-breaking’.

Program tersebut telah dirasmikan Timbalan Naib Presiden Akademik ICYM Sahban Md Smail.

Sementara itu, Penyelaras Modul STEP Noriza Hussain berkata, kesemua aktiviti yang dirangka daripada program berkenaan adalah menjurus kepada kemenjadian pelajar, seterusnya membentuk azam dan tekad sera membantu pelajar keluar dari ‘kepompong’ selesa,

“Sebenarnya, program ini bukanlah hanya untuk berseronok-seronok dengan pelbagai aktiviti ‘outdoor’ sahaja, tetapi ia juga bertujuan mengingatkan pelajar supaya memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam aktiviti yang dilakukan.

“Dengan cara ini, ia dapat membantu pelajar melakukan transformasi diri ke arah yang lebih baik,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4258
Kongsi :
Previous post Bertuah terpilih jalani sistem parol
Next post CSI ‘buka jalan’ bekas banduan bina kehidupan
Ubah saiz-+=